Bangunan Tertinggi Binaan China di Afrika Timur Siap

2022-02-14 13:26:50  CRI
Share with:

Ibu Pejabat Bank Perdagangan Ethiopia (CBE) secara rasminya mempunyai bangunan baharu yang dibina syarikat China dan ia juga merupakan bangunan tertinggi di Afrika Timur.

Majlis penyiapan projek berkenaan yang diadakan pada Ahad turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali dan Duta Besar China ke negara tersebut, Zhao Zhiyuan.

Abiy dalam ucapannya berkata, sempena ulang tahun ke-80 penubuhan bank tersebut, kewujudan bangunan serba indah itu sekali gus mempamerkan tekad perbankan Ethiopia dalam mengembangkan modenisasi.

Terletak di kawasan pusat perniagaan Addis Ababa, ibu negara Ethiopia, bangunan tersebut mempunyai keluasan 160 ribu meter persegi dengan tinggi mencapai 209.15 meter.

Difahamkan, projek yang dilaksanakan oleh China State Construction Engineering Corporation Ltd. (CSCEC) itu dimulakan pada Julai 2015.

Bagi Presiden CBE, Ato Abe Sano, beliau mempercayai bahawa dengan penyiapan bangunan pejabat itu, kecekapan perbankan juga akan diintensifkan, di samping turut membawa kecanggihan kepada sektor pembinaan tempatan.

Pengurus Besar Eksekutif CSCEC di Ethiopia, Zhao Wenjian berkata, pihaknya berjaya mengatasi kesukaran, menyelesaikan pembinaan dan memenangi pengiktirafan setelah berdepan dengan penularan COVID-19 serta pergolakan keadaan Ethiopia.

Beliau berkata, projek yang menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan akan menjadi saksi kepada persahabatan kedua-dua pihak.