Gala Chap Goh Mei Bersiaran Malam Ini

2022-02-15 17:30:38  CRI
Share with:

Gala Chap Goh Mei 2022 anjuran Kumpulan Media China (CMG) akan bersiaran di saluran televisyen, aplikasi pintar dan platform lain pada malam ini.

Gala tersebut bakal menghidangkan pelbagai persembahan menarik, antaranya tarian, nyanyian, dialog rancak “crosstalk”, opera dan sebagainya, yang menjanjikan suasana meriah rakyat China menyambut perayaan tradisional itu.

Selain memaparkan keunikan budaya tradisional, atur cara persembahan juga mengetengahkan pelbagai tema yang diinspirasikan daripada bualan hangat masyarakat antaranya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. 

Hari Chap Goh Mei yang disambut pada hari ke-15 bulan pertama mengikut kalendar Cina menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).