Atlat-atlet Amerika Yang Digemari Penonton China

2022-02-15 17:54:27  CRI
Share with:

Malam tadi, atlet China Xu Mengtao yang telah berumur 32 tahun, akhirnya memenangi pingat emas pertama setelah empat kali menyertai Sukan Olimpik.

 

Pesaingnya, Ashley Caldwell dari Amerika yang gagal selepas melakukan kesilapan kecil turut kelihatan sangat gembira dan segera berpelukan dengan Xu Mengtao sambil menyatakan “Sangat bangga dengan awak, Taotao!”

 

Pemandangan ini telah mengharukan dunia.

 

Wartawan dan netizen dari Amerika, Australia, Kanada dan negara lain turut menyatakan inilah semangat sukan yang benar. Bukan politik atau apa yang lain, tapi sukan yang menyatukan semua orang.

 

Malah, ada netizen yang terlalu terharu hingga menangis!

 

Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk kali ini, beberapa atlet Amerika telah memberi kesan yang cukup mendalam kepada Satria dan para penonton China.

 

Tessa Maud yang dulu terharu oleh keramahan sukarelawan China dalam majlis perasmian, nampaknya telah cuba semua jenis makanan yang dihidangkan di kampung atlet. Ketika merakam video untuk menyampaikan jumpa lagi dengan Beijing, ia tidak tertahan dan menangis lagi.

 

Atlet legenda Shaun White mengumumkan persaraannya selepas menamatkan pertandingan di sini.

 

Meskipun tidak berjaya memenangi pingat lagi, beliau menzahirkan penghargaan terhadap keramahan penonton China serta Beijing yang berjaya menganjurkan Olimpik menghadapi pandemik, memberi platform terakhir kepadanya untuk beraksi.

 

Kata White, kini beliau tidak akan berasa sesal lagi.

 

Nina O’Brein mengalami kesilapan besar dalam pertandingan dan tulang keringnya terus patah.

 

Doktor pertandingan ski datang kepadanya dalam 1 minit, menghantar beliau ke hospital dalam 15 minit. Setelah mengalamani pembedahan, Nina pulang ke Amerika.

 

Beliau khusus berkongsikan gambarnya yang menerima perubatan di Beijing dan turut menyatakan terima kasih kepada semua orang yang meluru kepadanya sejurus dirinya terjatuh.

 

Aaron Blunck menyatakan dalam sidang akhar bahawa ia membaca banyak berita tidak bertanggngjawab mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing sebelum datang ke sini.

 

Hakitkatnya, itu semuanya adalah berita palsu dan apa yang berlaku di sini luar biasa. Dari sukarelawan kepada pemeriksaan COVID hingga kampung atlet, ini Sukan Olimpik bertaraf paling tinggi yang disertainya.

 

Sebenarnya, bukan sahaja atlet mendapati China berbeza dengan laporan media Barat, orang China pula mendapati ramai atlet Amerika berbeza dengan bayangan dulu. Mereka profesional dalam sukan, bersemangat Olimpik dan bertulus ikhlas.

 

Tak kenal maka tak cinta!

 

Sebahagian tokoh politik dan Barat berusaha memutuskan hubungan antara kedua-dua negara, mengganggu perniagaan dan pelanjutan pelajaran yang normal, supaya memudahkan menggambarkan imej China dengan berita palsu dan berkhidmat untuk agenda politik mereka.

 

Ekorannya, orang Amerika yang tidak pernah melawat sini mestilah terpengaruh, ada salah fahaman terhadap China. Orang China juga terpengaruh oleh penghitaman dari media dan tokoh politik Barat, ada salah faham terhadap orang Amerika.

 

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing menjadi platform baik untuk meningkatkan saling persefahaman antara kedua-dua pihak.