Olimpik Musim Sejuk Tambah Seri Sambutan Cap Goh Mei

2022-02-15 12:20:14  CRI
Share with:

Pesta Cap Goh Mei, iaitu hari ke-15 bulan pertama mengikut kalendar tradisional Cina jatuh pada hari ini (15 Feb).




Siri aktiviti tradisional rakyat termasuk menikmati pemandangan hiasan tanglung yang berwarna-warni, hidangan Yuanxiao atau Tangyuan (kuih pulut yang berinti), permainan teka teki, tarian singa, akrobat “berjalan sambil diikat tiang tinggi” dan tarian Yangge akan diadakan hari ini untuk menyambut pesta tersebut.

Cap Goh Mei pada tahun ini turut berbeza apabila ia dirayakan sama waktu dengan berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Maskot Bing Dwen Dwen dan Shuey Rhon Rhon yang agak popular kini juga menambah lagi suasana meriah perayaan.