Olimpik 2022: Perpaduan, Kerjasama dan Harapan, Suntik Kepercayaan dan Kekuatan kepada Dunia

2022-02-15 14:10:19  CRI
Share with:

Elemen perpaduan, kerjasama dan harapan yang ditunjukkan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 sedang menyuntik kepercayaan dan kekuatan kepada pelbagai negara di dunia.

Demikian nyata Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam satu sidang media pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pencapaian temasya itu yang mendapat jumlah penonton paling tinggi dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk di samping berjaya menarik sejumlah lebih dua bilion pelayar di platform media sosial global.

"Kadar penonton Sukan Olimpik Beijing telah meningkat dengan berkali ganda bahakan membaharui rekod di negara Eropah dan Amerika Utara, dan juga menarik perhatian meluas di negara tropikal.

"Walaupun wabak masih berleluasa, namun keghairahan, kegembiraan dan persahabatan yang dibawa sukan ais dan salji dinikmati di merata-rata tempat," katanya.

Beliau berkata, wakil-wakil Jawatankuasa Sukan Olimpik dan tokoh sukan dari sejumlah negara turut menyuarakan kegembiraan tatkala melihat atlet yang bersaing saling berpelukan dan memberi hormat selepas tamat perlawanan.

Dalam perkembangan lain, Wang turut menghargai tanda muhibah yang disampaikan oleh sukarelawan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Difahamkan, 65 sukarelawan yang berkhidmat di Tokyo telah menghantar kata-kata semangat dan gambar-gambar mereka kemudiannya telah dipamerkan oleh media Jepun.