Gala Chap Goh Mei Berlangsung Meriah

2022-02-16 13:13:23  CRI
Share with:

Gala Chap Goh Mei 2022 anjuran Kumpulan Media China (CMG) dilangsungkan dalam suasana yang meriah dan penuh dengan kegembiraan, malam tadi.

Dengan menghidangkan pelbagai persembahan menarik antaranya tarian, nyanyian dan opera, gala tersebut mempamerkan budaya dan tradisi China menerusi penggunaan teknologi terkini.

Antara pengisian gala yang bermula pada pukul 8 malam Selasa itu ialah tayangan slot video berkaitan ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei yang disampaikan atlet kontinjen negara yang bertanding di pentas Olimpik 2022, antaranya Gu Ailing, Su Yiming dan Wu Dajing.