Terpesona oleh Ais dan Salji yang Luar Biasa di Urumqi

2022-02-16 14:10:30  CRI
Share with:

Mengambil semangat Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang sedang berlangsung, bandar Urumqi di Xinjiang mengadakan siri kempen aktiviti ais dan salji seperti pameran ukiran ais, figure skating, speed skating dan hiburan basikal permukaan ais.

Difahamkan, kesemua inisiatif tersebut merupakan usaha untuk mendorong perkembangan industri pelancongan ais dan salji serta mempromosi sukan berkenaan kepada orang awam.

Pada permukaan air tasik beku di Taman Tianshan, Urumqi, penduduk tempatan dilihat mengambil kesempatan untuk mencuba aktiviti seperti figure skating, speed skating dan motorsikal salji.

Selain itu, ukiran ais yang dihasilkan dengan temanya Tahun Baharu Cina dan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Lapangan Rakyat menjadi temasya kebudayaan ais dan salji.

Pada malam pula, penduduk setempat boleh menghayati keindahan lantera dan ukiran ais dalam pelbagai bentuk di Taman Rakyat yang telah menarik sejuta pengunjung sejak ia dirasmikan.