Penggunaan Modal Asing di China Naik 11.6 Peratus

2022-02-16 14:50:10  CRI
Share with:

Jumlah penggunaan sebenar modal asing di China pada Januari 2022 mencecah RMB102.28 bilion (RM64.47 bilion), meningkat 11.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. 

Menurut data Kementerian Perdagangan, penggunaan sebenar modal asing dalam industri perkhidmatan dan teknologi tinggi masing-masing menokok 12.2 peratus dan 26.1 peratus.

Untuk tempoh sama, pelaburan dari negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta ASEAN masing-masing meningkat 28.4 peratus dan 29.1 peratus.