Bekalan Bantuan Kecemasan China Tiba di Tonga

2022-02-16 14:51:34  CRI
Share with:

Armada yang membawa bekalan bantuan kecemasan dari China, tiba di Tonga pada Selasa.

Sumbangan seberat 1,400 tan itu merangkumi rumah pasang siap, traktor, penjana kuasa, pam dan penulen air, serta makanan dan barang keperluan memerangi wabak COVID-19.

Ini merupakan bekalan bantuan kumpulan keempat yang disalurkan China selepas Tonga mengalami letusan gunung berapi dan tsunami pada bulan lepas.

Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin dalam sidang media pada Selasa berkata, kerjasama antara China dan Tonga melibatkan bantuan bencana bukan sahaja mencerminkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, malah memperkukuh perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

China akan terus memberikan bantuan sedapat mungkin untuk pembangunan semula pasca bencana di Tonga mengikut keperluan negara itu.