Beijing 2022: Penyertaan Atlet Wanita Catat Kadar Tertinggi

2022-02-16 09:58:53  CRI
Share with:


Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing menyaksikan kadar penyertaan atlet wanita paling tinggi, dengan jumlah acara sukan penyertaan paling banyak berbanding dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang terdahulu.

Jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Mark Adams berkata bahawa kadar penyertaan atlet wanita dalam temasya sukan kali ini mencatat 45.4 peratus.

Sementara itu katanya, 53 peratus daripada kesemua 109  acara sukan adalah merupakan penyertaan daripada atlet wanita.

Jurucakap Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Yan Jiarong pula berkata, dalam tujuh acara sukan tambahan untuk temasya kali ini, dua daripadanya merupakan acara wanita, empat acara merupakan pertandingan campuran dan hanya satu untuk acara lelaki.

Jelas beliau, ia sekali gus mencerminkan konsep "mendorong  kesamarataan jantina dalam aktiviti sukan"  seperti yang  termaktub dalam Agenda Olimpik 2020.