Olimpik 2022: Langkah Beijing Cegah, Kawal Wabak Dapat Pujian

2022-02-17 14:55:48  CRI
Share with:

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memuji langkah Beijing mencegah dan mengawal wabak COVID-19 sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Menurut Jurucakap IOC, Mark Adams, Beijing dilihat sangat berjaya menganjurkan salah satu pertandingan antarabangsa yang paling rumit dan menyifatkan langkah kawalan wabak sebagai kunci kejayaan temasya itu.

Beliau yang memberi penghargaan kepada China atas persiapan cemerlang turut mengingatkan semua agar tidak leka berikutan penularan COVID-19 masih berleluasa dan pertandingan masih belum berakhir.

Naib Pengarah Jabatan Pencegahan dan Kawalan Wabak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Huang Chun pada Rabu juga memaklumkan bahawa jumlah kes positif harian adalah satu digit sahaja, dan turut menunjukkan kecenderungan untuk berkurang.

Jelas beliau, kejayaan langkah Beijing dalam mencegah dan mengawal wabak boleh dilihat dari tiga aspek iaitu penyusunan panduan saintifik dan pragmatik; mendapat pandangan saintis dan pakar perubatan yang melalukan analisis tentang wabak global secara harian; dan semua pihak terlibat melaksanakan dasar yang ditetapkan.

"Langkah berkesan pada Sukan Olimpik akan diteruskan pada Sukan Paralimpik dan perlindungan terhadap orang kurang upaya akan disusun semula," kata Huang.