Krisis Rusia-Ukraine: Tidak Bermoral Sebar Maklumat Palsu

2022-02-17 13:19:38  CRI
Share with:


Pihak terbabit digesa supaya berhenti melemparkan kata-kata yang memburukkan lagi ketegangan antara Rusia dengan Ukraine.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menyifatkan kelakuan itu sebagai tidak bermoral dan sangat berbahaya demi meraih laba politik masing-masing dengan mencetuskan konfrontasi dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Terdahulu, Perdana Menteri Australia Scott Morrison mencela pendirian China mengenai krisis Rusia-Ukraine, manakala Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg mendakwa hubungan rapat China-Rusia mengancam keselamatan NATO.

Untuk itu, Wang membalas dengan mengatakan persepakatan Beijing-Moscow adalah konsisten dalam memantapkan kejiranan baik dan kerjasama saling untung berdasarkan prinsip “tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasar pihak ketiga”.

“Seperti yang disaksikan semua, kita (China dan Rusia) telah memberi sumbangan besar ke arah mewujudkan keamanan dan pembangunan antarabangsa dan serantau,” katanya dalam taklimat harian di Beijing, pada Rabu.

Mengenai laporan media Barat bahawa Rusia merancang “menyerang” Ukraine, Wang turut mengkritik dakwaan tersebut bukan sahaja memberi tempias kepada sosioekonomi Ukraine dan kehidupan masyarakat, malah juga menghalang dialog berkaitan krisis berkenaan digerakkan pihak terlibat.