IOC Sanjung Sumbangan CMG Promosi Sukan Olimpik

2022-02-17 11:23:48  CRI
Share with:

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menganugerahkan Trofi Presiden IOC kepada Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong di Beijing pada Selasa, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan penting CMG dan Shen sendiri dalam menyebarkan Sukan Olimpik.

Bach turut memberikan penghargaan tinggi atas kecemerlangan CMG dalam membuat liputan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Shen merakamkan terima kasih atas sanjungan pihak IOC, di samping menyifatkan anugerah itu sebagai penghargaan terhadap usaha CMG dan semua pengamal media China dalam mempromosi Sukan Olimpik.

Bach menghadiahkan obor Olimpik 2022 yang dibubuhkan tandatangannya serta edisi terhad pingat temasya sukan itu kepada Shen.

Shen pula menghadiahi Bach lukisan tradisional China dan kraftangan mangkuk yang bercorak harimau.

Kedua-dua mereka juga saling menghadiahkan pena buatan kampung halaman masing-masing sebagai cendera­mata yang istimewa.

CMG menunjukkan prestasi cemerlang dalam membuat liputan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dengan banyak rekod baharu berjaya dicipta.

Lebih 40.3 bilion audiens telah mengikuti temasya itu menerusi pelbagai platform kendalian CMG setakat 14 Februari lalu.