G20 Diseru Bersatu Tamat Pandemik, Pacu Pemulihan

2022-02-18 13:39:00  CRI
Share with:

Pembuat dasar Kumpulan 20 (G20) diseru menamatkan pandemik COVID-19 dan memacu pemulihan ekonomi dunia secepat mungkin menerusi solidariti dan kerjasama lebih kukuh. 

Seruan itu disuarakan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada Rabu.

Mesyuarat menteri kewangan dan gabenor bank pusat G20 dilangsungkan di Jakarta, Indonesia pada 17 hingga 18 Februari ini.

Kristalina merayu kepada menteri kewangan dan menteri kesihatan G20 supaya memperkasakan kolaborasi bagi memastikan setiap negara mendapat akses kepada ujian saringan, rawatan dan vaksin COVID-19 secara adil. 

Selain itu katanya, G20 juga harus mempertimbangkan kesinambungan dasar kewangan sambil membantu negara-negara berpendapatan rendah menyelesaikan masalah hutang.