China Seru Agensi Kewangan Multilateral Ringankan Beban Hutang Negara Membangun

2022-02-18 15:00:05  CRI
Share with:

China sudah mengambil siri langkah yang berperanan positif bagi meringankan beban hutang negara membangun.

Menurut Jurucakap Kementerian Luarnya, Wang Wenbin, China menyahut konsensus G20 dan melaksanakan saranan moratorium hutang kepada negara-negara paling miskin secara menyeluruh.

Dalam satu sidang media pada Khamis, beliau turut menyatakan bahawa jumlah moratorium negara anggota G20 merupakan yang terbesar.

Wang berkata, institusi kewangan bukan kerajaan di China juga mengambil tindakan yang sama sebagai tanda sokongan kepada saranan tersebut.

"Masalah hutang negara membangun sudah lama wujud dan menjadi batu penghalang terhadap pembangunan.

"Langkah makroekonomi entiti ekonomi utama juga membawa pengaruh terhadap masalah hutang negara membangun," ujar beliau lanjut.

Tambah Wang, pendedahan oleh agensi berautoriti antarabangsa yang berkaitan turut mendedahkan bahawa bank pembangunan pelbagai hala dan pemiutang swasta dari negara maju menempati bahagian terbesar dalam struktur hutang negara miskin.

"Sebagai contoh, dalam keseluruhan hutang luar negara Afrika, lebih tiga peremapt dipegang oleh institusi kewangan pelbagai hala serta pemiutang komersial, dan tuntutan mereka merupakan punca utama kepada beban hutang negara-negara ini.

"China juga memikul tanggungjawab besar untuk membantu mereka dalam mengurangkan beban hutang," katanya.

Justeru, China menyeru institusi-institusi terlibat untuk bersama-sama memberikan sumbangan yang lebih besar untuk meringankan beban hutang negara membangun.