Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun Ke-65 Jalinan Diplomatik China-Sri Lanka

2022-02-18 10:30:00  CRI
Share with:


Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada persidangan parti politik China dan Sri Lanka bagi memperingati ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik kedua-dua negara serta ulang tahun ke-70 termeterainya Pakatan Getah-Beras (Rubber-Rice Pact).

Xi dalam perutusan tahniah itu menyifatkan pemeteraian pakatan itu sebagai amat signifikan kerana membuka lembaran baharu dalam menjalin ikatan mesra pada tujuh dekad lalu.

Menurut beliau, dua negara itu sentiasa saling hormat, saling membantu dan sokong-menyokong, hingga menjadi suri teladan dengan mempamerkan keakraban antara kuasa besar dengan yang kecil.

Xi turut memuji interaksi antara PKC dengan parti utama Sri Lanka, yang menggerakkan kerjasama pragmatik dan memantapkan hubungan dua hala.

Presiden China itu juga meluahkan harapan agar persahabatan tradisional dua negara dapat kekal utuh dan menyumbang ke arah kedamaian, kestabilan dan kemakmuran rantau.