Olimpik Beijing 2022 Berjaya: Bach

2022-02-18 15:52:26  CRI
Share with:

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menyifatkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai amat berjaya.

Beliau menyatakan, temasya itu memecahkan banyak rekod dengan jumlah tontonan agak tinggi menerusi siaran langsung dan platform dalam talian, manakala sekurang-kurangnya satu juta peminat baharu yang tertarik dengan acara berkenaan.

Bach turut memuji sistem gelung tertutup sepanjang temasya dikendalikan dengan cekap dan berkesan.

“Pengendalian oleh Beijing itu amat berjaya, dengan kadar positif wabak berada pada 0.01 peratus.

“Boleh dikatakan, tempat ini merupakan antara yang paling selamat di dunia,” ujar beliau dalam sidang media di Beijing, pagi tadi.

Tambah beliau lagi, para atlet meluahkan rasa puas hati terhadap fasiliti venue dan gelanggang, perkhidmatan Perkampungan Olimpik serta langkah berkesan dalam mengawal wabak.