China Komited Mantapkan Acara Olimpik dan Perpaduan Manusia

2022-02-19 14:42:17  CRI
Share with:


China komited menyumbang kepada perkembangan Olimpik dan perpaduan umat manusia.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin, sebagai respons terhadap pujian ramai pihak atas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Menurut beliau, China akan terus bekerjasama dengan pihak terbabit untuk memastikan acara Olimpik dan Paralimpik berkenaan berlangsung dengan jayanya.

Wang turut memetik Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach sebagai berkata, Olimpik Beijing itu amat berjaya, manakala para atlet menampilkan aksi cemerlang dalam saingan.

“Pada ketika ini, pandemik COVID-19 masih berleluasa. Olimpik 2022 berjaya diadakan seperti yang dijadualkan. Ia memang menaikkan semangat semua orang,” katanya kepada media dalam taklimat harian pada Jumaat.

Wang menyatakan, Beijing 2022 merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama selepas moto Olimpik dikemas kini menjadi lebih pantas, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih bersatu.

“Di bawah bendera Olimpik, semangat juang para atlet yang beraksi di pentas Olimpik Beijing menyemarakkan lagi jiwa kesukanan,” ujarnya.