China, Argentina Rai Jubli Emas

2022-02-19 15:19:29  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Argentina, Alberto Fernandez saling mengirim perutusan tahniah sempena sambutan jubli emas hubungan diplomatik kedua-dua negara, hari ini.

Xi menyatakan, hubungan China-Argentina kekal kukuh dan berkembang pesat merentas pelbagai sektor sepanjang separuh abad. Sementara itu, kerjasama kedua-dua negara dalam melawan wabak COVID-19 menyingkap lembaran baharu ikatan persahabatan.

Beliau menzahirkan kesediaan untuk bersama-sama Presiden Aernandez melonjakkan kerjasama bilateral ke tahap baharu demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Fernandez pula berkata, pertukaran antara Argentina dan China dalam bidang budaya, sains dan teknologi serta ekonomi semakin erat sejak terjalinnya hubungan diplomatik. Kerajaan dan rakyat Argentina bersyukur atas bantuan disalurkan China pada saat getir memerangi pandemik COVID-19.

"Saya sedia bersama-sama Presiden Xi untuk memperkukuh jalinan kerjasama serta persahabatan antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara," kata beliau.