Isu Ukraine: Taktik Canang Perang Perlu Dielak

2022-02-19 14:17:10  CRI
Share with:

Taktik mencanangkan peperangan, mengugut mengenakan sekatan dan menghasut konfrontasi perlu dielak dalam penyelesaian isu Ukraine secara politik, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ketika berucap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis mendakwa, hasil risikan AS menunjukkan Rusia telah menempuh jalan perang dan merancang melancarkan serangan terhadap Ukraine dalam beberapa hari akan datang.

Mengulas kenyataan AS tersebut semasa sidang media pada Jumaat, Wang berkata kebolehpercayaan badan perisik AS sudah diuji dalam isu Iraq dan Ukraine sebelum ini.

Beliau turut menegaskan bahawa isu keselamatan yang menjadi kebimbangan semua pihak terlibat, termasuk Rusia perlu dikendalikan berdasarkan Perjanjian Minsk II bagi menyelesaikan krisis Ukraine secara menyeluruh.