COVID-19: Hong Kong Bina Hospital Sementara

2022-02-19 15:20:29  CRI
Share with:

Sebuah hospital sementara yang berfungsi sebagai fasiliti kuarantin mula dibina di Hong Kong hari ini, dengan bantuan kumpulan pakar perubatan dari Tanah Besar.

Perkembangan itu diumumkan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor dalam sidang media pada Jumaat.

Beliau berkata, Hong Kong tidak akan melaksanakan sekatan pergerakan di wilayah itu pada fasa ini. 

Di samping itu, kerajaan tempatan sedang menyusun pelan saringan COVID-19 yang membabitkan semua penduduk, dan akan mengambil langkah pencegahan lebih ketat.

Masyarakat tempatan turut menyifatkan bantuan Tanah Besar sebagai menambah keyakinan Hong Kong untuk memerangi wabak COVID-19.