Kemudahan Mesra OKU untuk Sukan Paralimpik Musim Sejuk Lulus

2022-02-21 13:12:02  CRI
Share with:

Naib Pengarah Persekutuan Orang Kurang Upaya (OKU) Beijing, Dong Lianmin pada sesi taklimat yang diadakan di Beijing Ahad lalu berkata, pembinaan kemudahan mesra OKU berjaya dipergiatkan untuk memastikan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 berjalan lancar di Beijing. Taraf jaminan perkhidmatan dan kemudahan berkenaan terbukti selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) pertandingan yang sederhana, selamat dan menarik.

Menurut Dong, Beijing telah kerap kali mengadakan pemeriksaan terhadap 108 tapak dan kawasan sekitarnya yang melibatkan Sukan Olimpik bagi memastikan kemudahan mesra OKU beroperasi lancar di kesemua lapan venue dan dua perkampungan Olimpik, menaiktaraf kesemua kemudahan berkenaan di 25 buah hospital khas, 60 hotel rakan Sukan Olimpik dan 7 hotel rakan Sukan Paralimpik serta menjalankan pengubahsuaian tertentu terhadap kemudahan di 9,858 tapak yang berjarak sekilometer dari lokasi pertandingan.

Dalam perkembangan lain, terdapat semakin banyak teknologi pintar termasuk navigasi laluan mesra OKU dan sistem digital laporan bahasa isyarat yang akan digunakan dalam Sukan Paralimpik 2022.