Eropah Diharap Bergerak Sehaluan dengan China

2022-02-21 12:59:12  CRI
Share with:

Dunia ini diharap berwaspada dan mengelakkan mentaliti Perang Dingin dalam bidang keselamatan konvensional malah bidang ideologi.

Demikian dinyatakan jurucakap Misi China ke Kesatuan Eropah (EU) semalam berhubung ucapan mengenai China dalam Sidang Keselamatan Pemimpin EU di Munich.

Kata beliau, kem Barat seharusnya terlebih  dahulu mencari punca dari diri sendiri apabila berdepan dengan masalah. Mana ada isu hangat antarabangsa dan serantau yang tercetus tanpa campur tangan dan dalangan Barat?

Jurucakap itu juga menegaskan, seperti ucapan  yang disampaikan Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang tersebut, dunia ini  sekali lagi menghadapi risiko pemisahan dan konfrontasi. Pelbagai negara diseru bersama-sama 'mendayung sampan' tetapi bukanlah saling menyekat, menggalak antara satu sama lain tetapi bukanlah saling menyerang. Hanya dengan demikian,  barulah dapat mengatasi cabaran dewasa ini dan mengayunkan langkah ke masa  depan. Sebagai dua kuasa besar dan tempat asal tamadun yang besar di dunia, China dan Eropah mempunyai keperluan dan kemampuan bagi menyediakan kestabilan dan inspirasi yang positif kepada dunia. Eropah diharap membentuk keinsafan yang  betul terhadap China dan mengambil tindakan sehaluan dengan China, demi mendorong penambahbaikan dunia.