Kira Detik 50 Hari Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China Ke-2

2022-02-22 13:10:47  CRI
Share with:

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China  (CICPE) Ke-2 bakal diadakan di Haikou, Hainan pada 12 hingga 16, April,  2022.

Sebagai eskpo peringkat negara yang  mengutamakan produk pengguna yang berprestij yang pertama di China, CICPE edisi  2022 akan menumpu kepada produk pengguna yang berprestij dan penampilan produk  baharu dalam senario global dan menghimpunkan jenama terkemuka serta pembeli  profesional, dengan tujuannya berkembang menjadi platform yang kondusif bagi  mendorong peningkatan tahap keterbukaan ke arah yang bertaraf tinggi,  melancarkan kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa, menggalakkan  penaiktarafan dan edaran penggunaan, dan menerajui trend fesyen penggunaan  global.

Dimaklumkan bahawa berbanding CICPE 2021 yakni  edisi pertamanya yang seluas 80,000 meter persegi, CICPE 2022 dilengkapi pameran  seluas 100,000 meter persegi, termasuk zon pameran antarabangsa yang terdiri  daripada 6 pavilion yang diperluas dari 60,000 meter persegi ke 80,000 meter  persegi.

Sebagai negara tetamu terhormat, Perancis  mendapat zon pameran seluas 2,500 meter persegi. Jepun, negara anggota  Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), mendapat zon pamerannya  termasuk zon tambahan seluas 3,000 meter persegi. Sementara itu, pempamer  Singapura akan buat kali pertama menampil dalam pavilion milik negara sendiri,  sedangkan pempamer dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam pula akan  mendatangkan produk istimewa masing-masing.