NYT: Akses Paling Pantas ke Venue Olimpik di China? Jom Naik Kereta Api

2022-02-22 15:44:56  CRI
Share with:

Temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang menutup tirainya di Beijing pada malam Ahad bukan sahaja menunjukkan usaha keras atlet pelbagai negara, tetapi juga memperlihatkan imej China sebagai mesra alam, berkongsi, terbuka dan bersih.

Malah, media asing turut tidak ketinggalan untuk melaporkan usaha China yang menunaikan janjinya dalam menjayakan temasya sukan tersebut.

Laman web New York Times (NYT) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyiarkan rencana yang bertajuk 'Akses paling pantas ke venue acara Olimpik di China? Jom naik kereta api'.

Menurut rencana tersebut, menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Beijing ke venue Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di stesen Taizicheng merupakan perjalanan selama 50 minit yang memberikan gambaran mendalam tentang kisah kemajuan China, sama seperti Sukan Olimpik tersebut.

Memetik ulasan itu lagi, selain menuruti aturan yang menepati masa, HSR menunjukkan sasaran yang dicapai oleh China iaitu pembangunan bandar, sumber tenaga bersih dan pengurangan pelepasan pencemaran.

NYT turut menyatakan China berjanji untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang hijau dan para penumpang dapat melihat janji yang dikotakan itu ketika menghayati pengalaman semasa dalam perjalanan HSR.

"Dalam tempoh tiga dekad lalu, China berusaha membina prasarana termasuk kereta api untuk mendorong pertumbuhan ekonomi dan usaha tersebut berjaya menghubungkan negara menjadi satu kesatuan yang utuh," lapor laman itu lagi.