Perdagangan Luar China Berprestasi Baik Setelah RCEP Berkuatkuasa

2022-02-22 15:45:00  CRI
Share with:

Menurut statistik terkini, perdagangan luar di banyak tempat China berprestasi baik setelah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuatkuasa pada permulaan tahun 2022, dan berperanan sebagai platform yang rancak bagi pelbagai negara lain berkongsi peluang yang dibawa pembangunan China. 

Sejurus RCEP berkuatkuasa, syarikat Jingda Rea Special Enameled Wire Co., Ltd yang terletak di bandar Tongling, provinsi Anhui berjaya memperoleh lapan sijil tempat asal (CO) atas sokongan dan bantuan Kastam Tongling dan turut dapat menikmati layanan pengurangan atau bebas tarif yang diberikan negara pengimport berkenaan. 

Jumlah eksport syarikat itu mencatat USD790 ribu (RM3.3 juta) dan jumlah pengurangan tarif secara kumulatif mencecah USD245 ribu (RM1.02 juta). Ini merupakan sokongan kuat bagi syarikat itu melibatkan diri dalam perkongsian dan kerjasama antarabangsa. Daya saing produk syarikat itu juga meningkat dengan ketara di negara pengimport termasuk Jepun dan Korea Selatan. 

Dalam perkembangan lain, jumlah pemuatan dan pemunggahan kargo di Terminal Kontena Qianwan Pelabuhan Qingdao Shandong Port Group (SPG) mencatat 30 ribu TEU(unit bersamaan dua puluh kaki) purata setiap hari, 1/3 antaranya muatan kargo dari negara anggota RCEP.  Sebanyak lebih 100 kapal kargo dilaporkan sudah berlepas dari terminal tersebut menuju ke pelabuhan negara anggota RCEP selepas perayaan Tahun Baharu Cina. 

Statistik juga menunjukkan jumlah nilai kargo import-eksport kendalian kastam Shanghai melebihi RMB2 bilion(RM1.3 bilion) setelah penguatkuasaan RCEP pada bulan pertama, barangan bernilai RMB160 juta (RM105.6 juta) yang dieksport provinsi Henan berjaya menikmati layanan pengurangan atau bebas tarif, jumlah sijil tempat asal (CO) untuk kegunaan dalam lingkungan RCEP yang dikeluarkan Kastam Dalian merekod 1, 307 naskah, dan jumlah kargo import-eksport yang menikmati layanan keutamaan bernilai RMB 470 juta(RM310 juta).