Aktiviti Kebudayaan Sambut Sukan Asia di Hangzhou

2022-02-22 15:49:16  CRI
Share with:

Berbaki 200 hari sebelum berlangsungnya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, aktiviti kebudayaan sukan yang diadakan secara meriah di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang China pada Isnin lalu mencerminkan keghairahan dan harapan penduduk tempatan terhadap temasya sukan tersebut.

Pertunjukan bercirikan acara sukan melibatkan breakdancing, Kong Fu dan bola keranjang yang dipersembahkan peminat dari pelbagai sektor serta larian dan karnival yang dianjurkan di 14 venue di bandar itu bertujuan memeriahkan suasana sambutan Sukan Asia 2022 nanti.

Aktiviti sambutan seumpama itu juga diadakan di lima bandar rakan termasuk Ningbo, Wenzhou, Huzhou, Shaoxing dan Jinhua.

Setakat ini, 50 antara 57 venue telah siap dibina, dan selebihnya dijadual siap pada akhir bulan Mac nanti. Pemeriksaan dan ujian terhadap semua venue tersebut akan diselesaikan menjelang hujung April.