China, AS Diharap Kembali ke Landasan yang Sihat

2022-02-22 14:35:13  CRI
Share with:

Ulang tahun ke-50 lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Milhous Nixon ke China, jatuh pada 21, Februari tahun ini. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam menyatakan bahawa AS diharap bersama-sama dengan China menimba pengalaman dan kebijaksanaan daripada sejarah separuh abad lalu, mewarisi dan menyemarakkan semangat Kenyataan Shanghai untuk mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan yang baik dengan menuju ke arah perkembangan yang stabil.

Menurut Wang, lawatan Nixon pada 50 tahun yang lalu melambangkan berakhirnya keadaan pengasingan antara China dan AS dalam jangka masa yang panjang. Kenyataan Shanghai yang dikeluarkan pada masa itu sebagai pengumuman bersama antara kedua-dua negara ini yang pertama dilihat sebagai dasar politik bagi penormalan hubungan China-AS dan penjalinan ikatan diplomatik antara kedua-dua negara. Prinsip 'Satu China' dapat diiktiraf,  beserta prinsip menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah masing-masing, tidak mencerobohi dan mencampuri urusan negara lain, sama rata dan saling menguntungkan dan hidup bersama secara damai.

Wang menyatakan, masalah yang wujud dalam hubungan bilateral sekarang ini terutamanya berasal daripada keinsafan sesetengah tokoh AS yang salah belaka terhadap China. Mereka melihat negara ini sebagai pesaing strategik utama dan musuh khayalan dan mengesyorkan tindakan pembendungan dengan menyeluruh.

Wang menekankan bahawa Chinamenyasarkan peningkatan taraf kehidupan rakyat semasa melakukan pembangunan,  dan tidak berniat mencabar atau menggantikan kedudukan AS. Maka, AS tidak payahlah memilih menindas China. Kepentingan yang sama milik kedua-dua negara jauh lebih besar berbanding perselisihan. Kedua-dua negara boleh sama untung jika memilih bekerjasama,  dan juga boleh sama rugi jika memilih konfrontasi.