Xi Utus Kawat Tahniah kepada Sultan Brunei

2022-02-23 17:15:24  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah sempena ulang tahun ke-38 kemerdekaan negara itu pada hari ini.

Xi menyatakan babawa Brunei Darussalam telah mencapai kejayaan yang menonjol dalam pembangunan negara dengan pimpinan baginda. Tahun lalu telah menyaksikan kejayaan Brunei yang menyandang jawatan negara pengerusi bergilir ASEAN, dan berlangsungnya sidang kemuncak memperingati ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN yang dipengerusikan bersama-sama olehnya dengan baginda. Hubungan China-ASEAN sudah dipertingkat kepada satu tahap yang lebih tinggi.

Xi menekakan bahawa China dan Brunei akan memperkasakan kerjasama dalam usaha melawan wabak COVID-19 dan pembinaan dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) agar hubungan kedua-dua negara ini terus berkembang demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Pada hari yang sama, Menteri Luar China, Wang Yi mengutus kawat tahniah kepada Menteri Luar Negeri II Brunei, Datuk Erywan Mohd Yusof.

Wang menyatakan kesediaannya mengeratkan komunikasi dengan Erywan untuk mendorong perkembangan hubungan bilateral dan menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau.