Filipina Puji Kejayaan Olimpik Musim Sejuk Beijing

2022-02-23 15:17:17  CRI
Share with:

 Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin menyanjung tinggi kejayaan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing dan menyifatkan ia yang diadakan ketika wabak belum mereda sebagai membawa sinar harapan kepada dunia.

"Walaupun Filipina tiada salji, tiada musim sejuk, tetapi kami tetap menyertai Sukan Olimpik Beijing.

"Terima kasih kepada China yang menganjurkan temasya sukan dengan cemerlang pada saat kritikal ini," kata Locsin dalam satu forum anjuran Kedutaan China di Filipina pada Selasa.

Setiausaha Perdagangan dan Perindustrian Filipina, Ramon Lopez turut memberi penilaian tinggi terhadap usaha China yang mengatasi pelbagai halangan bagi menjayakan temasya tersebut.

Menurut beliau, China juga berjaya menjadikannya sebagai sebuah temasya sukan yang mendapat tumpuan paling meluas di dunia.

Bertemakan 'Janji Temu Salji dan Ais yang Sukar Dilupakan', forum tersebut turut dihadiri oleh anggota pentadbiran Filipina dan lebih dua ratus tetamu terdiri daripada pengamal media arus perdana tempatan untuk saling berkongsi pengalaman.