Hospital Sementara HK Dibina dengan Bantuan Kerajaan Pusat

2022-02-23 14:45:41  CRI
Share with:

Pembinaan empat hospital sementara yang berfungsi sebagai fasiliti kuarantin dimulakan pada Selasa di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong(HK) China dengan sokongan kerajaan pusat.

Sekitar 14,000 hingga 17,000 unit pengasingan akan disediakan apabila hospital sementara tersebut beroperasi di Tsing Yi, San Tin, Yuen Long dan Hung Shui Kiu. Antaranya, hospital sementara di Tsing Yi akan beroperasi terlebih dulu iaitu dalam masa seminggu lagi.

Yan Jianguo, pengerusi lembaga pengarah China State Construction International Holdings Ltd, kontraktor pembinaan empat hospital sementara tersebut berkata, pihaknya akan mempertimbangkan sepenuhnya keperluan sebenar di HK dan menggerakkan semua pasukan dan sumber untuk menjayakan misi pembinaan berkenaan.

Pada 19 Februari lalu, pembinaan dua kemudahan pengasingan dan rawatan yang tetap yang mampu menyediakan kira-kira 9,500 unit kuarantin untuk kegunaan komuniti telah dimulakan dengan bantuan kerajaan pusat di Penny's Bay dan Kai Tak Pier, HK.