Wang Yi: Tingkatkan Penglibatan Negara Membangun Melalui Pembaharuan UNSC

2022-02-23 14:55:29  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi telah bertemu dengan Pengerusi Bersama Mekanisma Rundingan antara Kerajaan bagi Pembaharuan Majlis Keselamatan Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-76 yang juga wakil tetap Qatar ke PBB, Alya Ahmed bin Saif Ath-Thani dan wakil tetap Denmark ke PBB melalui video di Beijing semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa meningkatan penglibatan negara membangun dan menambah hak bersuara mereka melalui pembaharuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) patut dijadikan keutamaan agar lebih banyak negara terutamanya negara kecil dan sederhana berpeluang mengambil bahagian dalam perbincangan UNSC. Ini adalah tujuan asal pembaharuan UNSC dan juga hala tuju pembaharuan itu.

Wang menekankan bahawa pembaharuan berkenaan perlu merangkumi lima bidang yang penting dan berfokuskan konsensus yang tercapai, di samping diterajui negara anggota PBB, menggambarkan konsensus negara anggota, dan hasilnya dapat diterima oleh negara anggota.

Kedua-dua wakil tetap Qatar dan Denmark ke PBB telah memuji sumbangan China dalam memelihara amalan multilateralisme dan memperhebat peranan PBB di samping menyampaikan tahniah atas kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Kedua-dua pegawai itu menyatakan bahawa pembaharuan UNSC amat rumit dan sensitif , dan sememangnya akan diterajui negara anggota dengan mendengar pendapat daripada pelbagai negara anggota yang dipercayai boleh menambah persepakatan dan mengurangkan perselisihan. Mereka bersedia meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan negara anggota termasuk China untuk mendorong pembaharuan itu dengan mantap.