China Seru Redakan Ketegangan Ukraine Melalui Dialog

2022-02-23 15:54:42  CRI
Share with:

Pelbagai pihak berkenaan diseru mengawal diri dan meredakan ketegangan konflik di Ukraine melalui dialog dan rundingan.

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam.

Menteri Luar China, Wang Yi telah menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken menerusi telefon pagi semalam untuk bertukar-tukar pandangan melibatkan konflik di Ukraine dan masalah nuklear Semenanjung Korea.

Wang berkata, pendirian China dalam isu Ukraine tidak berubah. Permintaan yang munasabah sebarang negara perlu dihormati. Peraturan dan prinsip Piagam PBB perlu dilindungi bersama-sama. Menurut beliau, kegagalan pelaksanaan perjanjian New Minsk dianggap salah satu punca utama bagi konflik di Ukraine yang sudah semakin meruncing. Oleh itu, China sekali lagi menyeru pelbagai pihak terbabit agar mengawal diri, menyedari peri pentingnya melaksanakan prinsip 'keselamatan yang tidak boleh dipisahkan' dan memilih meredakan ketegangan serta menyelesaikan perselisihan melalui dialog rundingan.