Xi Utus Kawat Tahniah Atas Operasi Akademi Kepemimpinan Nyerere

2022-02-24 11:17:18  CRI
Share with:

Upacara operasi Akademi Kepemimpinan Nyerere telah diadakan di Tanzania semalam, dan turut diserikan dengan kawat tahniah dari Presiden China, Xi Jinping.

Dalam kawat tersebut, Xi bagi pihak Parti Komunis China (PKC) dan nama beliau sendiri mengucapkan tahniah kepada perasmian Akademi Kepemimpinan Nyerere yang dibina bersama-sama oleh 6 buah parti di selatan Afrika termasuk Parti Revolusi Tanzania (CCM), Kongres Nasional Afrika (ANC) Afrika Selatan, Barisan Pembebasan Mozambique (LFM), Pergerakan Pembebasan Rakyat Aongola (MPLA), Parti Namibia (SWAPO) dan Persekutuan Nasional Afrika Zimbabwe-Barisan Patriotik (ZANU-PF).

Xi berkata, enam buah parti tersebut berusaha mengembangkan negara yang telah mendapatkan sokongan rakyat. Akademi tersebut dijangka akan dijadikan wahana penting bagi enam parti tersebut meningkatkan keupayaan mentadbir, memberi manfaat kepada mereka untuk memimpin negaranya masing-masing merealisasikan kebangkitan demi kesejahteraan  rakyat.

Xi menekankan bahawa PKC bersedia terus mengintensifkan interaksi dengan pelbagai parti Afrika dalam berkongsi pengalaman pentadbiran negara, menyokong jalan pembangunan masing-masing yang selaras dengan keadaan sendiri, mempergiat kerjasama kondusif dalam pelbagai sektor, mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama China-Afrika yang bertaraf tinggi supaya memberi sumbangan lebih besar dan baharu bagi pembinaan dunia yang lebih baik.