China Seru Pihak-pihak Terlibat Isu Ukraine Kawal Diri

2022-02-24 15:03:58  CRI
Share with:

China menyeru pelbagai pihak-pihak terlibat isu Ukraine mengawal diri dan mengelakkan sebarang tindakan yang berkemungkinan meruncingkan ketegangan di rantau berkenaan. Demikian diseru oleh Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun ketika menyampaikan ucapan dalam sesi perbahasan tentang isu Ukraine anjuran Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-76 semalam.

Zhang menyatakan bahawa pendirian China tentang pemeliharaan terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara tidak berubah, sedangkan manifesto dan prinsip Piagam PBB juga perlu dipelihara bersama-sama.

Katanya, China menyedari bahawa isu Ukrain melibatkan faktor sejarah silam dan faktor zaman ini yang rumit. Pihak-pihak terbabit diseru meneruskan dialog dan rundingan, dan mencari cara penyelesaian secara damai berdasarkan sama rata dan saling menghormati. China menyambut dan menggalakkan segala usaha yang menyasarkan penyelesaian secara politik.