Xi, Putin Bincang melalui Telefon

2022-02-25 22:11:45  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin melalui telefon petang tadi.


Kedua-dua pemimpin telah bertukar-tukar pendapat mengenai situasi Ukraine pada masa sekarang.


Putin memperkenalkan latar belakang sejarah dan perkembangan terkini isu Ukraine, tindakan ketenteraan khas yang diambil Rusia di bahagian timur Ukraine dan pendirian Rusia yang terbabit. Putin menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan NATO selama ini berturut-turut mencabar garis batasan strategik Rusia tanpa mempedulikan keprihatinan keselamatan Rusia yang rasional. Bagaimanapun, Rusia bersedia menjalankan rundingan peringkat tinggi dengan Ukraine.

 

Xi menyatakan bahawa China memilih pendirian sendiri menurut kebenaran yang wujud dalam isu Ukraine. Mentaliti perang dingin perlu dibuang, keprihatinan keselamatan yang rasional setiap negara perlu dipentingkan dan dihormati, dan mekanisme keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan diharap dibentuk melalui rundingan.

China menyokong Rusia dan Ukraine menyelesaikan masalah melalui rundingan, dan bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa mengamalkan konsep keselamatan yang bersama, bersepadu, kerjasama dan mampan, di samping dengan teguh memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan PBB dan orde antarabangsa yang berdasarkan undang-undang antarabangsa.