CPPCC Tumpu kepada Kualiti dan Keselamatan Produk Pertanian

2022-02-25 15:07:05  CRI
Share with:

Jawatankuasa untuk Pemprosesan Cadangan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah mengadakan sidang media untuk memperkenalkan kerja CPPCC sepanjang tahun 2021 di Beijing semalam. Pengarah Jawatankuasa untuk Pemprosesan Cadangan CPPCC, Li Zhiyong menyatakan bahawa pihaknya telah menjadikan cadangan tentang 'pembinaan sistem penjaminan keselamatan dan kualiti produk pertanian' sebagai cadangan utama untuk tiga tahun berturut-turut.

Dengan usaha ini, Kementerian Pertanian dan Hal-ehwal Desa China telah mengeluarkan peraturan baharu tentang pengawalan terhadap maklumat kualiti dan keselamatan produk pertanian di samping bersama-sama dengan jabatan pemantauan pasaran mengemaskan lagi pengawalan terhadap maklumat tempat asal produk pertanian. Serentak itu, prosedur menyusur galur asal usul produk pertanian bagi memastikan kualiti dan keselamatannya telah dimasukkan dalam draf pindaan Undang-undang Kualiti dan Keselamatan Produk Pertanian serta telah diserahkan untuk dibahas oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) pada bulan Oktober tahun lalu. Inilah permulaan prosedur penggubalan bagi suatu undang-undang di China.

Menurut Li, sebanyak 77 buah cadangan daripada Sidang keempat CPPCC ke-13 ditetapkan sebagai cadangan utama yang mendapat pemantauan rapi.

Selain itu, untuk kali pertama terdapat cadangan yang dikemukakan di luar jadual perasmian CPPCC, ditetapkan sebagai cadangan utama yang mendapat pemantauan rapi, iaitu“membina standard pencegahan dan pengawalan wabak COVID-19 bersepadu dengan secepat mungkin”.