AS Didesak Jelas tentang Serangan Penggodamnya

2022-02-25 13:37:10  CRI
Share with:

China memprihatinkan kegiatan siber yang  biadab yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS), dan menggesa pihaknya  memberikan penjelasan dan segera menghentikan perbuatan seumpama itu. Beijing  akan mengambil tindakan seperlunya bagi memelihara keselamatan siber dan  kepentingan sendiri.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar  China, Hua Chunying dalam sidang media semalam, susulan Makmal Keselamatan Siber  China buat pertama kalinya mendedahkan perincian serangan penggodam dari Agensi  Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS dengan menggunakan rantaian bukti  teknikal.

Menurut laporan yang diumumkan Makmal  Qi’anpangu Beijing kelmarin, pihaknya mendapati bahawa kumpulan penggodam dari  NSA telah melancarkan serangan siber selama belasan tahun terhadap 45 buah  negara dan rantau termasuk China, Rusia, Jepun dan Republik Korea, yang  merangkumi bidang telekomunikasi, universiti, institusi penyelidikan sains dan  teknologi, ekonomi dan ketenteraan.

Hua Chunying berkata, ruang siber adalah aset  bersama milik umat manusia, dan keselamatan siber adalah cabaran yang dihadapi  seluruh dunia. Washington diharap mengambil sikap yang bertanggungjawab dan  memelihara kedamaian dan keselamatan siber menerusi dialog dan kerjasama bersama  dengan masyarakat antarabangsa.