Wang Yi dan Sergey Lavrov Bincang melalui Telefon

2022-02-25 14:51:44  CRI
Share with:

Anggota Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov mengadakan perbincangan melalui telefon semalam.

Setelah memperkenalkan asal usul perkembangan situasi Ukraine dan pendirian Rusia, Lavrov menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan NATO membelakangi janji mereka dan terus mengembangkan sayap ke timur, menolak pelaksanaan Perjanjian Minsk Baharu, melanggar resolusi No.2202 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC), maka Rusia terpaksa mengambil langkah sewajarnya untuk memelihara hak dan kepentingan sendiri.

Dalam perbincangan telefon itu, Wang Yi berkata, China sentiasa menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara, dan juga menginsafi masalah Ukraine yang rumit yang mempunyai latar belakang sejarah yang istimewa, di samping memahami keprihatinan rasional Rusia tentang masalah keselamatan. China mencadangkan supaya membentuk mekanisma keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan konsisten melalui dialog dan rundingan tanpa terjejas oleh mentaliti Perang Dingin.