Kampung Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Dibuka

2022-02-25 12:04:19  CRI
Share with:

 


Tiga Kampung Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 yang terletak di tiga zon pertandingan yakni Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou telah dibuka hari ini sebagai persiapan untuk temasya sukan yang akan berlangsung di Beijing dari 4 hingga 13 Mac yang akan datang.  

 

Perkhidamatan untuk kontinjen pelbagai negara yang tersedia dalam tiga kampung tersebut merangkumi penginapan, makan minum, pengangkutan dan sebagainya.

Selain bangunan penginapan, pusat gym, pusat hiburan dan lapangan yang dilengkapi kemudahan mesra OKU, di kantin juga kelihatan sudah ditambah tempat duduk untuk pengguna  kerusi roda, dan di lapangan pula kelihatan sudah ditambah pos memperbaiki kerusi roda, tangan dan kaki palsu.


 

Kini, terdapat 48 buah kontinjen berkelayakan untuk beraksi dalam Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. Sebanyak 78 pingat emas dalam 6 acara besar akan menjadi rebutan mereka.