Elakkan Tindakan Tambah Risiko kepada Kemudahan Nuklear Ukraine

2022-02-25 14:25:31  CRI
Share with:

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)  menumpukan perhatian terhadap situasi di Ukraine sekarang ini, dan menyeru pihak  terbabit bertenang supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang  berkemungkinan menambah risiko kepada kemudahan nuklear di negara  tersebut.

Menurut Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi semalam, pihak berkenaan di Ukraine melaporkan kepada IAEA bahawa  pihaknya mengekalkan interasi dengan loji janakuasa nuklear yang sedang  beroperasi dalam keadaan aman. Sementara itu, “pasukan bersenjata yang tidak  diketahui identitinya” telah mengawal kesemua kemudahan di Loji Janakuasa  Nuklear Chernobyl. Bagaimanapun tiada laporan tentang kematian dan kecederaan  serta kemusnahan harta.