China Penyumbang Terbesar Bagi Pengagihan Vaksin COVID-19 secara Adil

2022-02-26 15:26:51  CRI
Share with:

China mencadangkan pembentukan rangkaian keselamatan imunisasi, meningkatkan kepelbagai dalam mempersiapkan peralatan pencegahan dan kawalan wabak, menyempurnakan mekanisme tadbir urus dalam sektor sanitasi serta memperkasa pembangunan bagi menjamin pengagihan vaksin COVID-19 secara adil.

Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian pada sidang peringkat tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung pandemik COVID-19 yang diadakan secara maya pada Jumaat lalu.

Wang Yi berkata, kemajuan yang ketara dapat disaksikan dalam pemvaksinan senario global atas usaha bersama pelbagai negara, namun pengagihan vaksin COVID-19 yang tidak adil tetap wujud.

“Presiden China Xi Jinping pernah mengemukakan inisiatif tindakan kerjasama vaksin COVID-19 global pada tahun 2021 yang bertujuan bagi membantu negara-negara membangun mendapat akses vaksin, agar membina  'pelindung kekebalan' dengan secepat mungkin di dunia. China terbukti menunaikan komitmen yang dikotakan.” kata Wang.

Beliau juga menyifatkan China sebagai penyumbang terbesar bagi pengagihan vaksin secara adil berikutan separuh dari keseluruhan dos vaksin COVID-19 yang digunakan di seluruh dunia adalah hasil dari China. Setakat ini, China telah membekal lebih 2.1 bilion dos vaksin kepada lebih 120 buah negara.

“China yang menyokong peranan WHO sebagai penyelaras utama, telah menyumbang lebih 200 juta dos vaksin kepada Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 Global (COVAX) yang diberi keutamaan dalam pembekalannya.

“Kami bersedia bersama dengan pelbagai pihak memperkasa kerjasama vaksin, menyumbang kepada usaha melawan wabak dan pembinaan  komuniti berkongsi kesihatan dan sanitasi umat manusia,” kata Wang.