Dorong Perkembangan Hak Asasi Manusia China

2022-02-26 15:10:26  CRI
Share with:

Sesi pelajaran kolektif ke-37 Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengenai jalan perkembangan hak  asasi manusia China telah diadakan semalam.

Ketika mempengerusikan sesi itu, Setiausaha  Agung PKC, Xi Jinping menekankan, menghormati dan memelihara hak asasi manusia  adalah cita-cita PKC yang konsisten. Usaha gigih membawa rakyat memperjuangkan,  menghormati, dan mengembangkan hak asasi manusia boleh didapati dalam sejarah  PKC selama seratus tahun. Kini, China mengayunkan langkah ke arah membangunkan  negara sosialis moden secara menyeluruh dan memperjuangkan matlamat 'Seratus  Tahun' kedua. Peri pentingnya mengembangkan dan memastikan hak asasi manusia  terjamin patut ditegaskan, dan sama juga bagi jalan pembangunan yang bercirikan China yang menghormati hak asasi manusia. Adalah diharapkan bahawa China akan  mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam bidang hak asasi  manusia.