Wang Yi Bentangkan Pendirian China dalam Isu Ukraine

2022-02-26 14:33:30  CRI
Share with:

Anggota Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi secara berasingan menghubungi Menteri Luar Britain, Liz Truss, Wakil Kanan Kesatuan Eropah bagi dasar luar dan keselamatan, Josep Borrell, dan penasihat Presiden Perancis, Emmanuel Bonne melalui telefon semalam untuk bertukar-tukar pendapat mengenai situasi Ukraine sekarang.


Dalam perbincangan tersebut, Wang Yi telah membentangkan lima pendirian China dalam isu itu seperti berikut: dengan teguh menyokong segala usaha yang menghormati dan memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara dan mematuhi manifesto serta prinsip Piagam PBB dengan bersungguh-sungguh; menganjurkan konsep keselamatan yang bersama, bersepadu, kerjasama dan mampan; China yang sentiasa mengamat-amati isu Ukraine, tidak pernah mengharapkan perkembangannya boleh menjadi begini pada masa sekarang, dan menyeru pelbagai pihak terbabit menahan diri untuk mengelakkan konflik dari terus meruncing hingga tidak terkawal; China menyokong dan menggalakkan segala usaha diplomatik yang berfaedah bagi penyelesaian krisis secara damai; Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) sepatutnya memainkan peranan konstruktif dalam penyelesaian masalah Ukraine, dan memberikan keutamaan terhadap pemeliharaan kedamaian dan kestabilan serantau dan keselamatan setiap negara.


Wang menyatakan bahawa China kekal membangunkan negara mengikut landasan damai, berusha membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan, terus menentang segala kuasa hegemoni, dan komited untuk membela hak dan kepentingan yang sah milik kem negara membangun khususnya kem negara kecil dan sederhana.