Laporan Pelanggaran Hak Asasi Manusia AS 2021

2022-02-28 17:38:46  CRI
Share with:

Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan  Laporan Pelanggaran Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat 2021 hari ini.

Laporan itu menunjukkan bahawa  situasi hak asasi manusia di AS menjadi semakin buruk pada tahun 2021. Manipulasi politik mengakibatkan lonjakan kematian pandemik COVID-19. Jumlah kes positif pula merekodkan 34.51 juta orang, manakala jumlah kematian mencecah 480,000 di negara itu. Kedua-dua angka ini masing-masing paling banyak di dunia.

Dalam pada itu, angka kematian akibat tembakan mencecah rekod tertinggi dalam sejarah. Sebanyak 693 kes tembakan rambang berlaku di AS, iaitu meningkat 10.1 peratus berbanding tahun 2020.

Demokrasi palsu menginjak-injak hak politik rakyat. Sebanyak 49 negeri di AS telah mengusulkan lebih 420 rang undang-undang untuk menyekat pengundian, hingga menjadikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan hampir mencecah tahap paling rendah sejak 1958.

Diskriminasi ras terhadap etnik minoriti, terutamanya orang keturunan Asia semakin berleluasa di negara itu. Jenayah kebencian terhadap orang keturunan Asia melonjak 361 peratus berbanding tahun 2020. Penguatkuasaan undang-undang yang keras menjadikan kehidupan pelarian lebih sukar. Pada masa yang sama, unilateralisme AS telah memdatangkan bencana kemanusiaan baharu di seluruh dunia.