Wang Yi: Mana-mana Pihak Tidak Sepatutnya Mencari Hegemoni di Asia-Pasifik

2022-02-28 13:54:42  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi menyampaikan ucapan video pada persidangan sambutan ulang tahun ke-50 Pengumuman Shanghai hari ini.

Wang menyatakan bahawa sebagaimana yang dijanjikan bersama China dan Amerika Syarikat (AS) dalam Pengumuman Shanghai, mana-mana pihak tidak sepatutnya mencari hegemoni di rantau Asia-Pasifik. Artikel ini masih mempunyai erti signifikan sehingga kini. China tidak akan mencari sebarang hegemoni pada masa lalu, sekarang atau masa akan datang, manakala AS harus berbuat sedemikian juga.

Menurutnya, rantau Asia-Pasifik ialah tempat di mana kepentingan China dan AS paling rapat terjalin, dan ia juga merupakan wilayah di mana kedua-dua negara berinteraksi paling kerap. Asia-Pasifik sepatutnya menjadi kawasan demonstrasi demi kedua-dua pihak membina kepercayaan bersama dan kerjasama, bukan kawasan mencari hegemoni atau mencetuskan konflik.

AS digesa berhenti mencetuskan konfrontasi atau memboikot pihak lain di rantau ini, bekerjasama dengan China dan negara serantau untuk membina keluarga Asia-Pasifik yang terbuka, inklusif, inovasi, saling hubung, bekerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang.