Insiden Tembakan di Las Vegas, Seorang Terbunuh

2022-02-28 15:20:23  CRI
Share with:

Tragedi tembakan berlaku di sebuah bar hukah di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Sabtu, mengakibatkan seorang terbunuh dan 14 lagi cedera, antaranya dua parah.

Menurut laporan polis tempatan, polis segera berkejar ke tempat kejadian selepas menerima laporan telefon.

Menurut siasatan awal, dua orang bergaduh sewaktu berparti di bar hukah itu sebelum menembak.

Setakat ini, tiada suspek ditahan polis.