Bekalan Makanan Segar di Hong Kong Kian Pulih

2022-02-28 14:31:59  CRI
Share with:

Bekalan makanan segar di wilayah Hong Kong, China kian pulih, di bawah penyelarasan pihak berkuasa dari Tanah Besar dan Hong Kong.

Sebelum ini, bekalan sayur-sayuran di Hong Kong terjejas kerana beberapa pemandu trak dijangkiti virus COVID-19 tatkala wilayah itu bergelut dengan gelombang kelima penularan pandemik.

Menurut jurucakap kerajaan wilayah Hong Kong pada Ahad, penghantaran sayur-sayuran dari Tanah Besar ke wilayah itu mencatat 2,000 tan pada Sabtu, kira-kira 85 peratus berbanding jumlah purata bekalan harian pada tahun lalu. Selai itu, harga sayur-sayuran berada pada tahap yang stabil.