CMG Lancar Platform Perkhidmatan Multimedia

2022-02-28 15:15:46  CRI
Share with:

Platform Perkhidmatan Multimedia Mengikut Tempahan yang dibangunkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan rakan-rakan kongsinya dilancarkan secara rasmi hari ini.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam upacara perasmian berkata, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing merupakan temasya yang gemilang buat seluruh umat manusia, dan ia turut menambah keakraban, keyakinan dan perpaduan kepada dunia takkala kita masih menepani ancaman wabak COVID-19. Selain itu, temasya sukan tersebut juga menyediakan peluang baik bagi media seluruh dunia untuk berinteraksi dan berbincang demi manfaat bersama.

Beliau mengatakan, dengan usaha bersama CMG dan rakan-rakan media, penonton di seluruh pelosok dunia dapat menikmati temasya ais dan salji yang berjaya, menarik dan sukar dilupakan. Jumlah tontonan program mengenai Sukan Olimpik Beijing melalui CMG dan platformnya mencecah 62.81 bilion kali.

Beliau menambah, sebanyak 2,107 stesen televisyen dan platform media baharu dari seluruh dunia memetik atau menyiarkan liputan agensi vedio CMG, iaitu CCTV+ sebanyak  97 ribu kali, mencipta rekod tertinggi. Inilah tujuan asal CMG untuk membina Platform Perkhidmatan Multimedia Mengikut Tempahan.

Pelancaran platform baharu itu turut disaksikan oleh pemimpin media dari lebih 30 agensi antarabangsa, termasuk Persatuan Penyiaran Eropah (EBU),  BFM Business Perancis, Stesen Televisyen Russia Today dan lain-lain.