Perkhidmatan Sehenti Mudahkan Eksport Barangan

2022-03-01 12:04:44  CRI
Share with:

Pusat Perkhidmatan Pembelian dan Perniagaan Pasaran Daerah Wuxing, Platform Perkhidmatan Industri E-niaga Rentas Sempadan Huzhou (Zhili) dan Tapak Kerja Pemantauan Kastam Pelabuhan  Zhili di daerah Wuxing, provinsi Zhejiang beroperasi secara rasmi pada 6 Januari lalu.

Dengan demikian, syarikat pengeksport pakaian kanak-kanak tempatan dapat menikmati perkhidmatan sehenti sepanjang pelepasan kastam, sedangkan kluster industri tekstil, pakaian, barangan kosmetik, bahan pembinaan serta barang isi rumah yang di kawasan sekitarnya juga dapat memanfaatkan kemudahan tersebut.